...

Selamatkan Masa Depan Generasi Al-Quran di Pulau Bum-Bum, SEMPORNA

Satu-satunya pusat pembelajaran agama di pulau ini hampir buntu. Majoriti pelajar adalah anak-anak asnaf, dan mereka belajar 100% SECARA PERCUMA.

Jika bukan kita yang bantu, siapa lagi?

Bayangkan Sebuah Pulau Tanpa Pusat Pengajian Agama...Di Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah, anak-anak asnaf di sana tidak mempunyai banyak pilihan.

Alhamdulillah, usaha ini telah membuahkan hasil: 15 Orang Pelajar Sepenuh Masa kini mendiami madrasah dan sedang dalam proses melahirkan Hafiz & Hafizah. 70 Orang Pelajar Hujung Minggu yang menyertai kelas mengaji Al-Quran setiap hari Sabtu & Ahad.

100% PERCUMA. Tiada sebarang yuran dikenakan kerana majoriti penduduk di sini adalah golongan asnaf.

Tetapi hari ini, kos operasi dan kos makanan harian madrasah ini amat memerlukan ihsan daripada anda untuk terus bertahan.

Isu Kritikal: Mengapa Kami Memerlukan Bantuan Anda Sekarang?

Kos sara hidup dan pengurusan premis yang semakin meningkat menyukarkan pihak madrasah untuk menampung keperluan harian pelajar. Demi keselesaan dan keselamatan anak-anak syurga ini, kami perlukan bantuan daripada anda segera.

Bekalan Elektrik Terpaksa Dicatu

Sistem pendawaian tidak kuat. Pelajar terpaksa mengaji dalam keadaan bahang dan bergelap apabila bekalan dicatu.

Krisis Air Bersih yang Meruncing

Tiada sumber air tetap. Apabila kritikal, madrasah terpaksa membeli air bersih yang mahal. Solusi tunggal adalah mengorek telaga tiub sendiri di madrasah untuk bekalan air jangka panjang.

Kos Makanan

Kos mendapatkan bekalan makanan lebih mencabar kerana lokasi yang terpencil di Pulau Bum Bum

Kos Operasi

Elaun guru serta bill utiliti dan pengangkutan pihak tahfiz untuk teruskan dakwah di pulau ini.

"Apa yang akan terjadi jika sasaran bantuan ini tidak tercapai?"

Pihak madrasah dan para pelajar hanya mampu terus bersabar dan bertawakal

Keperluan Dana (Sasaran: RM80,000 Sebulan) Sumbangan anda akan digunakan secara telus untuk:

Kos Makanan Sebulan (RM50,000)

RM50,000 diperlukan setiap bulan bagi menyediakan makanan kepada 85 Pelajar di Maahad ini.

Sumbangan ini digunakan untuk membeli beras, ayam, ikan, daging, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, bahan mentah dapur, makanan sunnah serta keperluan memasak bagi memastikan anak-anak tahfiz mendapat hidangan yang mencukupi sepanjang mengikuti pengajian.

Kos Operasi (RM30,000)

Dana ini digunakan bagi memastikan operasi tahfiz dapat diteruskan setiap hari, termasuk:

Peluang untuk anda menjadi penyumbang terawal dan menggerakkan rantaian pahala jariah yang amat besar ini masih terbuka luas!

Mengapa Infaq Anda Hari Ini Sangat Bermakna? Sumbangan Jariah Berterusan: Setiap huruf Al-Quran yang dibaca, dihafal, dan diamalkan dalam keadaan sukar oleh anak-anak asnaf ini, pahalanya akan mengalir terus kepada anda sekalian walaupun setelah kita tiada di dunia ini.

Mari bersama-sama meringankan beban pengurusan Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Hj Salasani, Kg Seloka 4, Pulau Bum-Bum, Semporna.

Semoga setiap sen yang diinfaqkan diberkati Allah SWT, dimurahkan rezeki, dan menjadi asbab kebaikan serta pelepasan azab di akhirat buat anda sekeluarga. Amin YRA.

Penafian: Laman web ini bukan sebahagian daripada Facebook atau Meta Platforms, Inc. Sebaik sahaja anda meninggalkan Facebook, ia bukan lagi tanggungjawab mereka.


Bagi memastikan kelangsungan operasi Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Hj Salasani, segala sumbangan yang diterima akan disalurkan terus ke tabung pembangunan dan kebajikan pelajar, di mana sebahagian kecil daripadanya akan digunakan bagi menampung kos pengurusan, operasi kempen, dan penyelenggaraan sistem.


PUSAT TAHFIZ SAHABAT PRIHATIN HJ SALASANI (XZH3302)

Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.